Pages

Saturday, May 12, 2012

the best might be the worst

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) 

Kadang-kadang kita rasa sedih bila sesuatu yang kita hajatkan tak tercapai.tapi pernah tak kita terfikir mungkin sesuatu yang kita hajatkan mungkin akan buat kita lupakan Allah dan lalai dalam ibadah. Yang pasti , apa pun yang Allah berikan kepada kita , berbaik sangkalah kepada Allah SWT, bahawa itu semua yang terbaik untuk kita. Sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain merupakan nikmat sekaligus adalah ujian kepada kita. Terimalah apa yang ada pada diri kita. Jangan membenci apa yang berlaku pada diri kita, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita.

Jika kita sudah mampu menerimanya dengan lapang dada, hidup akan lebih bersemangat dan ceria, kerana tidak ada lagi istilah gagal di dalam kamus kehidupan kita. Hidup akan lebih tenang dengan segala kekurangan yang ada di dalam diri kita. Tidak ada kebimbangan kerana semuanya diserahkan kepada Allah untuk memberikan yang terbaik bagi dirinya. Kesimpulannya, percayalah Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Percayalah dan yakinlah .




No comments:

Post a Comment